Thursday 14 September 2017

SANDWICH TUNA CROSSANT YANG MELEKAT DIHATI

Sudah lama tidak menjengguk blog sendiri. Dah bersawang rupanya. Tapi, tak sangka ada jugak yang sudi menjengguk blog saya. Walaupun dah lama saya tak mengambil tempahan untuk kek Snow Cheese @ kek cheese meleleh, namun masih ada lagi customer yang call dan wassap saya bertanyakan kek terlajak laris saya tu.

Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Sejak berpindah di tempat baru ni. Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Setiap hari sibuk dengan aktiviti harian dan cabaran-cabaran yang saya terima saya hadapi dengan tabah.

Kekuatan lahir dari semangat anak-anak dan suami tercinta. Kesibukkan bekerja tidak mematahkan semangat saya untuk terus memasak untuk family. Bagi saya cara mengatasi  stress di tempat kerja ialah dengan memasak. Bila tengok anak-anak berselera makan, itu adalah satu kepuasan buat saya.

Minggu lepas saya telah memcuba untuk buat sandwich tuna crossant bagi sarapan pagi kami. Anak-anak sangat suka makan sandwich tuna crossant yang saya buat tu. Lebih-lebih lagi anak dara saya iaitu Dammia. Sangat menyelerakan dia makan.


SANDWICH TUNA CROSSANT

Bahan :

5 biji roti crossant
1 tin tuna
Daun Salad
Mayonis
Lada Sulah Tomato
Timun
Butter

Cara:

1. Belah roti crossant 
2. Campurkan tuna, mayonis, lada sulah - sebatikan
3. Sapukan butter pada roti
4. Sapukan tuna dan letakkan hirisan timun, tomato dan daun salad.
5. Hidangkan.

Selamat Mencuba.

Thursday 16 June 2016

Cekodok pisang yang gebu

Bahan-bahan

4 biji pisang (saya pakai pisang berangan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu gula( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam
Air (tambah sedikit air untuk melembutkan adunan)

Cara-cara

1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk.
2. Tambahkan gula dan garam ke dalam pisang yang telah dilenyekkan tadi. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking soda ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan sedikit air bagi melembutkan adunan.
5. Rehatkan dalam 5 minit.
6. Panaskan minyak. Basahkan hujung jari dengan air. Jemput-jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas yg banyak.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday 11 June 2016

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini masuk hari ke 7 ramadhan. Maka genaplah seminggu umat islam berpuasa. Dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita menghayati kemuliaan bulan ramadhan.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi istimewa untuk anda semua. Menu ini saya masak sempena iftar saya semalam. Resepi asam pedas ikan pari. Kalau saya masak asam pedas saya hanya suka asam pedas ikan pari berbanding ikan-ikan lain. Jom kita tengok apakah bahan-bahan dan cara untuk masak Asam Pedas Ikan Pari.

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

1kg ikan pari (potong kecil-kecil)
10 batang bendi muda
2 biji tomato
Segenggam daun kesom
1/2 sudu asam jawa
5 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan kisar:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 biji cili merah
1 inci belacan

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan pari dengan air asam jawa terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yg dikisar. Masak hingga bahan-bahan tadi betul-betul layu.
3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan pari.
6. Tambahkan air biarkan sampai mendidih.
7. Kemudian masukkan bendi, tomato dan daun kesom. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih dan bendi lembut.
8. Boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana sudi membaca.
8.

Wednesday 29 October 2014

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK TAUCHU

Malam tadi saya masak tauchu. Dulu saya tak pernah makan pun masakan tauchu ni. Jangan kata nak makan, nama pun tak pernah dengar. Kalau tak tahu langsung tu maksudnya tak pandai la nak masakkan.

First time makan masa kat rumah mak mertua. Dia masak tauchu ikan tenggiri. Mula-mula rasa takut nak makan. Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta. Dah rasa, rupa-rupanya sedap jugak. Lepas tu nk try la masak sendiri. Tanya suami pandai tak masak tauchu... dia cakap pandai. Then, suami saya ajar la saya cara masaknya.

Saya masak tauchu guna ikan Kembung je. Tapi pernah sekali makan ikan talapia hitam masak tauchu. Sangat-sangat la sedap. Nak-nak ikan yang fresh dari sungai.

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK TAUCHU


IKAN KEMBUNG MASAK TAUCHU


Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung (goreng dengan kunyit dulu)
 1/2 biji bawang holland (bawang besar pun boleh) - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1 inci halia - hiris
1 biji cili besar - hiris
3 biji cili burung (pilihan) - ketuk
1 cawan air asam jawa
1 peket tauchu (saya suka yang jenama BILAL)
1 biji timun - potong panjang-panjang
3 biji bendi (Pilihan)


Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan yang dipotong (kecuali cili besar) hingga naik bau. Masukkan cili burung.
2. Masukkan taucu. Tumis sekejap.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
4. Kemudian, masukkan timun, cili besar dan bendi. Masukkan ikan.
5. Jika nak berkuah boleh tambah air secukupnya. (Saya suka berkuah).
6. Biarkan mendidih dan tutup api. Sedia untuk dihidang.




Monday 25 August 2014

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH

Makan malam yang simple. Salah satu menunya adalah ikan siakap bakar berempah. Sejak kebelakangan ini saya suka sangat makan ikan siakap bakar berempah ni. Sangat-sangat la senang dibuat dan sangat-sangat la cepat dimasak. Makan pun cepat jugak.hehehe.... Tambah-tambah kalau makan dengan nasi panas.

Kalau ada sape-sape yang nak cuba, boleh la try resepi di bawah ni....



RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
Daun limau purut
pes tomyam
3 sudu air asam jawa
garam/gula
aluminium foil

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci belacan
5 biji cili kering ( saya pakai cili giling je)

Cara-cara :

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam, gula, pes tomyam
dan daun limau purut.
2.  Masukkan air asam jawa.. Biarkan mendidih seketika. Tutup api.
3.  Lumurkan ikan siakap dengan bahan yang ditumis tadi.
4. Balut dengan aluminium foil.


5. Bakar menggunakan non-stick pan selama 15 ke 20 minit. terbalik-terbalikkan...
6. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

( Selain ikan siakap, ikan talapia, ikan kembung, ikan pari, sotong dan udang juga sesuai dimasak seperti ini.)






Perkhidmatan Servis Aircond Sekitar Putrajaya

Kami menawarkan Perkhidmatan seperti:

-Normal servis aircond
-Chemical servis aircond
-Overhaul aircond
-Maintenance aircond
-Membaik pulih aircond yg rosak
-Membaik pulih aircond yg tersumbat
-Memasang dan memindah aircond
-Membekal aircond baru
-Membekal aircond second hand
-Ada membuat penambahan gas aircond
(Gas biasa ''R22'')

ELEKTRIKAL:


-Electrical Wiring
-Pemasangan Shower Water Heater
-Pemasangan lampu dan kipas
-pemasangan plug point
-troubleshoot


**harga boleh di runding dan berpatutan

Untuk Pertanyaan, hubungi:

Encik Ahmad Bakhtiar : 011-11587299

Thursday 5 June 2014

CHEESE TART FILLING BLUEBERRY

Assalamualaikum....

Hari ini saya nk cerita pasal cheese tart filling blueberry... sedap sangat sebab shellnya yang rangup dan cheesenya yang gebu... memang best...

Sape-sape yang cuba skali pasti akan teringat-ingat akan kesedapannya....

Projek dengan adik time rehat.. hehehe... rumah dekat dengan ofis... boleh la kan....

Sebenarnya dah lama dah beli shell nya... tapi belum ada mood nak buat. Tapi, malam tadi tiba-tiba adik ku bersuara bila nak buat cheese tart... aku mula planning nk buat... tak nyempat2 aku nk buat di buatnya...

Bukan susah pun... aku ambil resepi di RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART (STEP BY STEP).

Hasilnya.... memuaskan... boleh la buat minum petang bersama keluarga...

Gambar sebelum bakar

belum masak lagi




Selamat mencuba... dan terima kasih kerana membaca......

Monday 2 June 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...masih diberikan kesihatan yang baik dan juga
masih diberi kesempatan untuk menulis blog ku ini walaupun blog yang tidak seberapa
seperti bloger2 yang lain.

Tujuan sebenar blog ini diwujudkan adalah untuk aku berkongsi hobi dan perasaan ku sahaja.
Sesungguhnya tidak lebih dari itu..

Entry kali ini adalah mengenai Spaghetti Bolognese. Sudah lama rasa nak makan. Bila rasa nak makan tu, dengar nama je pun dah kecur liur...hehehe.. dia punya effect tu..blm mkn lg...

Cadang-cadangnya nak masak spagheti Bolognese nak letak meatball.. Petang masa tengok perlawanan akhir piala Thomas baru-baru ini, cakap kt hubby tekak rasa nk makan spaghetti la..
(saje cakap sebab nk ajak beli barang...hehehe...). Then, dia cakap, ok.. jap lagi kita g beli barang.
Hati punyalah riang seriang riangnya....

Lepas balik beli barang-barang, terus ke dapur untuk masak.... Tak lama lepas tu ready untuk dimakan bersama family.. Jadilah dinner malam tu dengan SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL!!

nilah dia...Sorry... sebab simple je... tak sempat pun nk hias2 plate tu.....

Resepi Spaghetti Bolognese Meatball.

Bahan-bahan:

Sepeket Spaghetti (saya guna yang kimball je)
2 tin sos spaghetti (Prego)
minyak zaitun
carrot
Daging Kisar
Bawang besar (kuning)
Meatball
garam, gula dan perasa(xletak)

Cara-cara :

1. Rebus spaghetti dengan garam sampai lembut. Angkat dan toskan. Letakkan minyak zaitun.
2. Rebus Meatball. Angkat dan toskan.
3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang smpai naik bau.
4. Masukkan daging kisar dan masak sampai kering airnya. Masukkan carrot yang dipotong dadu.
5. Masukkan sos spaghetti. Letakkan sedikit air. masukkan garam dan bahan2 perasa yang lain.
6. Masukkan meatball dan biarkan mendidih.
7. Sedia untuk dihidang.

****Selamat mencuba dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca***