Thursday, 16 June 2016

Cekodok pisang yang gebu

Bahan-bahan

4 biji pisang (saya pakai pisang berangan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu gula( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam
Air (tambah sedikit air untuk melembutkan adunan)

Cara-cara

1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk.
2. Tambahkan gula dan garam ke dalam pisang yang telah dilenyekkan tadi. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking soda ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan sedikit air bagi melembutkan adunan.
5. Rehatkan dalam 5 minit.
6. Panaskan minyak. Basahkan hujung jari dengan air. Jemput-jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas yg banyak.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, 11 June 2016

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini masuk hari ke 7 ramadhan. Maka genaplah seminggu umat islam berpuasa. Dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita menghayati kemuliaan bulan ramadhan.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi istimewa untuk anda semua. Menu ini saya masak sempena iftar saya semalam. Resepi asam pedas ikan pari. Kalau saya masak asam pedas saya hanya suka asam pedas ikan pari berbanding ikan-ikan lain. Jom kita tengok apakah bahan-bahan dan cara untuk masak Asam Pedas Ikan Pari.

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

1kg ikan pari (potong kecil-kecil)
10 batang bendi muda
2 biji tomato
Segenggam daun kesom
1/2 sudu asam jawa
5 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan kisar:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 biji cili merah
1 inci belacan

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan pari dengan air asam jawa terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yg dikisar. Masak hingga bahan-bahan tadi betul-betul layu.
3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan pari.
6. Tambahkan air biarkan sampai mendidih.
7. Kemudian masukkan bendi, tomato dan daun kesom. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih dan bendi lembut.
8. Boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana sudi membaca.
8.