Semalam puasa..
lepas tu tiba-tiba dapat idea untuk buat penkek dengan sos coklat untuk menu berbuka puasa...
Balik kerja terus ke dapur memandangkan semua barang-barang dh ada...
Projek penkek bermula...
Godek punya godek akhirnya jadilah penkek versi ku...
sekejap je dah siap.. bukan susah pun buat penkek ni...
masak pun sekejap je.. sebab buat kecik2 je...
Akhirnya jadilah hasil seperti dalam gambar di bawah....
RESEPI PENKEK
BAHAN-BAHAN
100gm tepung kek
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar/ cair
CARA-CARA
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Bancuh baking soda dengan air.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan bancuhan soda dan tepung yang telah diayak.
5. Kacau kaup balik.
6. Tambahkan susu cair.
SOS COKLAT
Bahan-bahan
50gm coklat masakan
1 sudu butter
1 sudu shortening
CARA
Caikan coklat secara double boiler.
Masukkan butter dan shortening.
kacau rata.
SELAMAT MENCUBA.... dan
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.
Tuesday, 20 May 2014
Monday, 19 May 2014
KEK TIRAMISU YANG SANGAT CREAMMY N CHEESY
Alhamdulillah...
semakin hari semakin banyak dapat order dari customer..
rezeki allah swt...
Siapa yang belum cuba kek tiramisu dari N'Aida Homemade
boleh cuba sekarang....
Sangat-sangat sedap dan creammy + Cheesyy...
Kek Tiramisu terdapat dalam 3 saiz iaitu saiz L, saiz M dan Saiz S...
*** Penghantaran sekitar Putrajaya adalah PERCUMA (mengikut terma dan syarat)
Luar Putrajaya ada cas penghantaran.
****Agen sangat dialu-alukan... harga berpatutan untuk agen (mengikut terma dan syarat)
Untuk tempahan, blh sms/whatsapp saya:
Puan Aida
011-37675929
Wednesday, 14 May 2014
PUDING ROTI COKLAT CHIPS DENGAN SOS KASTARD
Lebihan roti yang buat aiskrim goreng tu
jangan dibuang begitu saja tau.
Tak elok membazirkan...
Jom kita buat Puding roti...
selalu puding roti orang letak kismis kan..
tp sebab kismis tak ada dalam stok kt rumah,
aku gantikanya dengan coklat chips...
So, bila diletakkan coklat chips..
sedap jugak..
yang penting LICIN....
![]() |
PUDING ROTI COKLAT CHIPS DENGAN SOS KASTARD |
Ini je picture yang sempat di snap...sebab semua dah tak sabar nak makan.... YUMMY...
***** RESEPI PUDING ROTI NEXT ENTRY I UPDATE YER.....
AISKRIM GORENG
Salam...
Cuti hari wesak hari tu tak di sia-siakan...
Tambah-tambah pulak dengan kedatangan adik-beradik dan
Pengantin baru pun turut bertandang ke rumah..
Boleh la buat Aiskrim goreng untuk minum petang....
Cuaca pun panas terik.. memang sesuai bangat lah kan....
Rangup sangat kulitnya dan sejuk isi di dalam....
macam aiskrim goreng Nestle je...hehehe...
RESEPI AISKRIM GORENG
Bahan-bahan :
Roti
Aiskrim
Cara-cara:
1. Sudukan aiskrim di atas kepingan roti.
2. Ambil satu keping roti lg..tutup aiskrim.
3. Ambil cawan yang bulat tekap di atas roti tadi.. tekap smpai kedua2 roti tadi putus dan membentuk bulatan.
4. Simpan di dalam Freezer selama 2 jam.
5. Goreng di dalam minyak yang panas n banyak selama 8saat je... (jangan lama-lama nanti cair pulak aiskrim tu)
PUDING CARAMEL CHEESE
Hari ni nak share resepi puding caramel pulak...
Selalu kalau dengar je nama puding caramel mesti terbayang
telur yang banyak n bau telur kan... betul tak??
Tapi, harini saya nk share resepi puding caramel cheese yang paling senang,
cepat, dan yang pasti sedapppp.....
Resepi Puding caramel Cheese
Bahan-bahan:
4 biji telur
250ml susu cair
250ml susu pekat
esen vanilla/esen pisang
250gm cream cheese
4 - 5 gula (dicairkan sehingga keperangan)
Cara-cara:
1. Blender / kacau pakai mixer semua bahan kecuali gula.
2. Masukkan gula yang telah dicairkan ke dalam loyang.
3. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam loyang yang sama.
4. Kukus sehingga 20 minit (sampai masak)
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
![]() | |||
PUDING CARAMEL CHEESE |
KEK CHEESE LELEH YANG SANGAT CHEEEZEEYYY....
Salam...
Gelombang kek cheese leleh menjadi trend di tahun 2014. Alhamdulillah... tiap-tiap hari pasti ada mesej, whatsapp dan call dari customer untuk order kek cheese leleh dari N'Aida Homemade. Customer lama pun ramai yang repeat order balik. Sedapkan...hehee... bukan itu sahaja.. yang mesej n call nak jadi ejen pun ada...
Suka sangat2 dapat feedback yang baik dari customer.. mana taknya..xsia2 la keikhlasan dalam membuat kek ni.
Kek Cheese Leleh dari N'Aida Homemade memang kaya dengan keju.. memang wallahh!! dan sangat Yummy..yummy... Anak n suami mmg xmiss la mkn kek ni.. siap buat permintaan lg..
So, bagi sesiapa nk try keenakkan kek cheese leleh dari N'Aida Homemade blh call/sms/ whatsapp saya :
Puan Aida : 011-3767 5929
** SAYA JANJI ANDA PASTI PUAS HATI DENGAN KEENAKKAN KEK KEJU INI...
Subscribe to:
Posts (Atom)