Semalam puasa..
lepas tu tiba-tiba dapat idea untuk buat penkek dengan sos coklat untuk menu berbuka puasa...
Balik kerja terus ke dapur memandangkan semua barang-barang dh ada...
Projek penkek bermula...
Godek punya godek akhirnya jadilah penkek versi ku...
sekejap je dah siap.. bukan susah pun buat penkek ni...
masak pun sekejap je.. sebab buat kecik2 je...
Akhirnya jadilah hasil seperti dalam gambar di bawah....
RESEPI PENKEK
BAHAN-BAHAN
100gm tepung kek
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar/ cair
CARA-CARA
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Bancuh baking soda dengan air.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan bancuhan soda dan tepung yang telah diayak.
5. Kacau kaup balik.
6. Tambahkan susu cair.
SOS COKLAT
Bahan-bahan
50gm coklat masakan
1 sudu butter
1 sudu shortening
CARA
Caikan coklat secara double boiler.
Masukkan butter dan shortening.
kacau rata.
SELAMAT MENCUBA.... dan
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.
No comments:
Post a Comment